Surah al-Fatihah
Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah

Teks Arab ·  Audio file ·Terjemahan bahasa MelayuSurah al-Fatihah (Bahasa Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَة‎) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-Quran.Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Surah al-Fatihah

Nama surah alternatif أم الكتاب, أم القرآن, السبع المثاني, القرآن العظيم
Struktur 7 ayat, 27 kalimah, 140 huruf
Hizb 1
Bahagian Surah al-Mufasal
Penurunan Tahun-tahun awal kenabian sebelum hijrah.
Kedudukan surah Juz 1
Pengklasifikasian Makiyyah